SELAMAT DATANG KE BLOG BERMAKLUMAT...SEMOGA ANDA CERIA SELALU...

MUTIARA KATA

'Belajar daripada semalam, hidup untuk hari ini, tanam cita-cita untuk esok'.

==============================



Sila klik nota pilihan anda. Selamat Belajar.

Free Counter



NASYID FM







Laman Blogs Temanku :




Perkembangan Berita Hari Ini :

Klik DBP


CURRENTLY
user (s) online







If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, June 17, 2011
Contoh Penulisan Elemen 3 Kerja Kursus Sejarah PMR 2011



Contoh Jawapan ELEMEN3 (PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME)

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?

Pihak Berkuasa Tempatan merupakan kerajaan ketiga dalam pentadbiran negara. Pihak Berkuasa Tempatan merupakan pelaksana dasar di peringkat akar umbi yang secara langsung menyampaikan perkhidmatan kepada warga penduduk tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa intitusi pentadbiran tempatan, misalnya Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Pihak berkuasa tempatan perlu menghayati dan menerap unsur-unsur patriotisme demi memperkukuhkan integrasi nasional.

Unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh pihak pentadbiran tempatan ialah bertolak ansur dan bertoleransi dalam pentadbiran. Sebagai contohnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklah ditangani dengan senyuman tanpa mengira bangsa dan agama dan mengamalkan sikap hormat menghormati. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlah integrasi nasional.

Selain itu, pegawai–pegawai pihak pentadbiran tempatan sewajarnya mengamalkan sikap menghormati raja dan pemimpin negara dan perlu berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi saban masa. Mereka akan menjadi contoh teladan yang sihat kepada orang awam agar bertanggungjawab kepada bangsa dan negara . Hal ini penting kerana kehormatan dan sikap bertanggungjawab menjadi teras integrasi nasional.

Kakitangan institusi pentadbiran tempatan perlu berlaku adil dan bertimbangrasa. Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama, telus dan tidak berat sebelah. Hal ini bagi mengelakkan timbulnya perasaan tidak berpuas hati dalam kalangan penduduk pelbagai kaum dan serterusnya mengugat integrasi nasional.

Undang-undang dan peraturan yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa tempatan hendaklah munasabah, relevan tidak membebani penduduk tempatan. Dengan ini, rakyat jelata akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara. Dengan erti kata lain, pihak berkuasa haruslah mempertahan dan menjunjung Perlembagaan Negara .Mereka juga harus bertindak wajar peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam dan sebarang masalah yang wujud haruslah menjadi prioriti utama pihak berkuasa. .Apabila masalah masyarakat dapat dikurangkan , maka masyarakat akan hidup bersatu-padu dan akan wujudlah integrasi nasional yang diimpikan.

Nilai bersefahaman dan bermuafakat merupakan perkara penting bagi menjamin integrasi nasional dalam kalangan penduduk. Nilai ini dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong dan Hari Bertemu Pelanggan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan harus berganding bahu membangunkan negara dengan cara menyokong dan melibatkan diri dalam usaha membangunkan negara. Masalah dan rungutan penduduk dapat diselami oleh pihak berkuasa bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk. dengan semangat muhibbah.

Konklusinya, unsur-unsur patriotisme perlu menjadi agenda utama dalam institusi pentadbiran tempatan jika kita ingin memperkukuhkan integrasi nasional. Dalam hal ini pihak pegawai pentadbiran tempatan hendaklah berilmu dan berberketrambilan dan sedia berkorban untuk bangsa dan negara serta memberikan iltizam yang tinggi dalam sebarang urusan yang melibatkan masyarakat setempat bagi menjamin integrasi nasional.



Unsur Patriotime yang ditulis….rujuk bahan edaran yang diberikan oleh cikgu…


Posted at 6/17/2011 3:12:57 pm by dinjhr
Cubalah tengok  

Wednesday, June 15, 2011
Nota Permainan Boling

Tahukah anda?

Pada zaman dahulu, mereka yang bermain boling adalah daripada golongan bangsawan sahaja. Setiap pin boling tersebut akan disusun secara manual. Macam tidak percaya bukan? Tetapi itulah hakikatnya.

Sejarah Boling Dan Cara Permainannya

Boling adalah suatu jenis olahraga atau permainan yang dimainkan dengan menggelindingkan atau melemparkan bola dengan menggunakan tangan. Bola boling akan dilemparkan ke pin yang berjumlah sepuluh buah yang telah disusun menjadi bentuk segitiga jika dilihat dari atas.

Jika semua pin dijatuhkan dalam sekali gelinding atau lemparan maka itu disebut strike. Jika pin tidak dijatuhkan sekali gus maka diberikan satu kesempatan lagi untuk menjatuhkan pin yang tinggal. Bila mana pada lemparan kedua tidak ada lagi pin tinggal disebut spare. Jika setelah dua kali masih ada pin yang tersisa maka disebut open frame (missed) yang kesemuanya itu akan menentukan perhitungan angka yang diperolehi dalam setiap permainannya. Pin akan kembali disusun seperti semula untuk frame selanjutnya.

Cara perhitungan angka untuk olahraga ini adalah :-

Setiap permainan mempunyai 10 frame, setiap frame mempunyai 2 kotak yang melambangkan dua kali kesempatan lemparan. Khusus pada frame ke-10 ada 3 kotak yang ertinya kita mempunyai kesempatan 3 kali lemparan. Score tertinggi dalam setiap permainannya adalah 300 yang disebut perfect game. Setiap Frame strike akan mendapatkan tambahan angka dari 2 lemparan selanjutnya, sedangkan untuk spare mendapat tambahan angka dari 1 lemparan selanjutnya.

Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC).

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLING

Sambil belajar bowling, penting untuk menyamakan pergerakan kaki dengan kedudukan tangan dan lengan semasa hayunan. Setiap pergerakan kaki dikira sejajar dengan pergerakan tangan dan lengan.

Posisi cara berdiri

1. Kaki kanan dikeluarkan sedikit dan berada di kedudukan bawah bola, pada masa yang sama anda gerakkan lengan ke depan.

2. Tubuh anda perlu berada dalam keadaan tenang dan kuat.

3. Bengkokkan lutut anda di sekitar sudut 15 darjah, dan sengetkan badan anda ke depan sedikit.

4. Kedudukan kedua-dua belah kaki dan tangan dalam keadaan cara berdiri seperti nombor 0. Sistem nombor akan diteruskan sehingga mencecah langkah ke-4 dalam permainan boling.

5. Kadar kelajuan boling secara individu ditentukan oleh ketinggian anda memegang bola boling anda.

6. Pemain yang lebih cepat biasanya memegang bola lebih rendah semasa mereka berdiri, sementara pemain yang lambat lebih cenderung memegang bola mereka lebih tinggi.
7. Kebanyakan pemain memegang bola antara pinggang dan dada, di sebelah kanan tubuh (atau sebelah kiri tubuh untuk pemain kidal).

8. Cengkam bola boling dengan tangan kanan anda sementara tangan kiri menyokong bola.

9. Tangan hendaklah berada di bawah bola. Semasa anda berlatih, anda perlu memilih titik yang anda selesa.

10. Terdapat 2 baris titik pada pusat boling yang akan membantu anda batal, dan baris kedua adalah 15 meter dari garis batal.

11. Gunakan titik ketika anda berdiri, dan tetapkan bahu anda pada sudut 90 darjah ke arah sasaran.

12. Pastikan anda memegang kuat dan pergelangan tangan anda tetap lurus. Siku lengan anda harus dirapatkan berhampiran dengan pinggul anda.

13. Bengkokkan lutut dan kaki anda tetap tepat ke arah pin boling.

Langkah 1

1. Sebelum mengambil langkah pertama anda, pastikan anda berdiri tegak dan tetap seimbang.

2. Semasa berdiri, anda mengeluarkan satu kaki di depan anda dan satu kaki di belakang.

3. Pada langkah pertama anda memindahkan kaki kanan anda melangkah satu langkah ke hadapan, sementara pada masa yang sama lengan kanan menolak bola jauh dari tubuh anda dan ke arah kaki kanan anda.

4. Bola boling anda harus berada betul-betul di atas kaki kanan anda apabila langkah satu berakhir.

5. Tangan kiri anda perlu terus menyokong berat bola melalui langkah pertama.

6. Pemain kidal bergerak mengambil langkah pertama dengan kaki kiri mereka, sementara menggunakan lengan kiri mereka untuk mendorong bola keluar dan ke bawah kaki kiri mereka.

Langkah 2

1. Untuk memulakan langkah kedua, letakkan tangan kanan anda di sebelah lutut kanan anda.

2. Mulakan hayunan bola dengan membawa kaki kiri ke hadapan sambil menggerakkan bola membentuk lengkungan ke bawah.

3. Semasa lengan kanan dihayun ke bawah, lepaskan bola boling ketika hampir mencecah pergelangan kaki anda.

4. Kemudian, diikuti dengan hayun tangan anda ke atas.

5. Hayunan lengan anda sepatutnya membentuk separuh bulatan dan mengikut lengan anda melepasi garisan batal.

6. Tangan kanan anda perlu melengkapkan balingan semasa langkah kedua bermula.

7. Bola boling sepatutnya berada di sebelah kiri betis semasa langkah 2 berakhir.

Langkah 3

1. Berlaku ketika kepala bola dihayun ke belakang.

2. Sambil menjaga postur tubuh supaya lurus, hayun lengan anda ke atas dan gerakkan kaki kiri anda ke belakang.

3. Gerakkan kaki kanan ke hadapan dan hayunkan bola kembali sehingga ke titik tertinggi.

4. Bola boling perlu berkedudukan begitu dengan bahu anda.

Langkah 4

1. Bawa bola boling ke bawah dan letakkan kaki kanan ke tepi dan di belakang kaki kiri.

2. Semasa pergerakan kaki, rendahkan pinggul anda dan menyesuaikan berat badan anda sehingga anda berakhir di posisi duduk dengan bahagian bawah tubuh anda dibengkokkan sekitar 15 darjah ke depan.

3. Pengaturan masa yang baik sangat penting untuk menjadi pakar boling, dan jika anda boleh mengira 4 langkah ini akan meningkatkan masa anda.

4. Menjauhi awal atau akhir waktu. Awal waktu adalah ketika bola membawa kaki anda ke baris batal. Akhir masa adalah ketika kaki anda di depan ayunan anda. Cara yang baik untuk ujian masa anda adalah dengan cara merakam diri sendiri bermain boling dan melihat masa anda.

5. Ada pemain yang menggunakan 5 langkah untuk bermain bowling, di mana seseorang mengambil langkah kecil pada kaki kiri mereka untuk memulakan melompat. Tidak ada gerakan bola selama langkah tambahan.

6. Selalu memperhatikan kedudukan anda dan pastikan anda mengelakkan meluncur melewati garis pelanggaran pada langkah 4. Melepasi garis batal disebut titik batal, dan anda mendapatkan sifar untuk balingan tersebut walaupun pin anda jatuh.

Posisi Terakhir

1. Setelah selesai membaling bola boling, anda perlu memastikan lutut kaki anda dibengkokkan 45 darjah ke hadapan.

2. Anda perlu bergerak ke hadapan sedikit sebanyak 15 darjah.

3. Jika anda melihat dari tepi, hidung, lutut dan kaki harus berada dalam sebuah garis lurus seperti yang anda luncurkan sampai baris.

4. Posisi ini menambah kekuatan untuk balingan bola boling anda.

5. Jika anda melihat dari belakang, kaki kanan anda mesti menyilang, lengan kanan mengarah ke atas dan lengan kiri lurus untuk membantu anda menjaga keseimbangan anda.

6. Kedudukan kaki anda harus betul-betul di bawah kepala anda dalam garis lurus.

7. Anda juga ingin membentuk garis menyerong di tubuh anda dengan kaki kanan dan lengan kanan.

Pengenalan

Sukan Boling semakin mendapat tempat dalam kalangan orang Malaysia. Semakin banyak pusat-pusat boling yang di dirikan di seluruh Malaysia terutamanya di Lembah Kelang dimana terdapat berpuluh pusat boling yang di kunjungi ribuan bowlers setiap hari.

Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membantu anda mengenali sukan boling dengan lebih dekat. Adalah diharapakan dengan memahami maklumat-maklumat asas boling ini akan menarik minat anda untuk lebih menceburi diri dalam sukan boling.

Sukan Boling

Sukan boling ini bukanlah sukar untuk dipelajari jika anda ada kawan-kawan ataupun jurulatih yang sudi mengajar anda. Dengan menggunakan kawan-kawan ataupun jurulatih anda akan cepat memahami teknik-teknik yang betul dalam bermain dalam boling. Jika anda cuma belajar secara bersendirian tanpa bantuan dari kawan-kawan yang lebih mahir adalah dikuatiri anda akan cepat jemu apabila anda dapati markah anda asyik rendah dan bola yang anda baling asyik masuk ke longkang.

Dalam sukan boling, tujuan anda ialah untuk menjatuhkan kesemua sepuluh pin yang terletak di hujung lorong yang sepanjang 18.3 meter dengan menggunakan bola boling yang mempunyai berat yang berbeza-beza.

Setiap pemain mempunyai dua peluang untuk menjatuhkan kesepuluh pin tersebut dan ianya di panggil frame. Markah akan bergantung kepada jatuhan yang mungkin :-

i) Strike – Jika anda dapat menjatuhkan kesemua sepuluh pin tersebut dengan sekali balingan maka anda dikatakan telah membuat strike.

ii) Spare – Jika anda cuma dapat menjatuhkan kesepuluh pin dengan dua balingan maka anda telah membuat spare.

iii) Open – Jika setelah dua balingan masih ada lagi pin yang belum jatuh maka anda telah membuat open frame.

Setiap game anda akan bermain sebanyak 10 frame. Bagaimanapun jika anda mendapat spare pada frame yang kesepuluh (frame terakhir) anda akan mendapat satu balingan bonus. Manakala jika anda mendapat strike pada frame kesepuluh maka anda akan diberi dua balingan bonus. Pemain yang dapat menjatuhkan jumlah pin yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.


Bola Boling

Kesemua bola boling mempunyai diameter 29.6 cm dan mempunyai berat dari 6lb sehinggalah ke berat maksima yang dibenarkan, iaitu 16lb.

Terdapat pelbagai jenis jenama bola boling yang terdapat dipasaran dan kebanyakannya dibuat di USA. Antara jenama bola yang terkemuka di Malaysia ialah :-

i) Storm

ii) Columbia

iii) Brunswick

iv) Ebonite

v) Track

vi) AMF

vii) Dyno Thane

viii) Morich

Jenis-jenis bola yang terdapat di pasaran juga biasanya diklasifikasikan lagi mengikut jenis material yang digunakan dalam pembuatan bola tersebut :-

i) Plastik/Polyester – Bola ini dibuat dari polyester dan biasanya di Malaysia dipanggil sebagai Bola Plastik dan mula diperkenalkan sejak tahun 1960’an. Bola jenis ini lebih kos efektif jika dibandingkan dengan jenis bola yang lain dan lebih tahan lama. Ianya lebih tahan lama oleh kerana permukaannya yang lebih keras dan kurang geseran. Sifat ‘kurang geseran’ bola ini menyebabkan bola ini kurang tergelincir (skid) dan bola ini akan pergi lebih lurus.

Ianya sesuai untuk mereka yang baru menceburi sukan boling oleh kerana harganya yang berpatutan. Bola polyester yang baru boleh dibeli pada harga sekitar RM180-RM220. Bola polyester ini juga digunakan oleh pemain ‘hook’ sebagai bola spare oleh kerana sifat bola itu yang kurang melencung (hook).

ii) Urethane – Dalam usaha untuk menghasilkan bola yang lebih baik, pembuat bola boling pada penghujung 1970an telah mencuba untuk menghasilkan bola yang dibuat dari material polyurethane untuk menghasilkan lebih hook. Oleh kerana urethane ini lebih lembut dari polyester maka ia akan lebih tergelincir (skid) dan akan lebih hook.

Permukaan bola ini boleh di licinkan (sanded) dan dikilatkan (polished) untuk menambah atau mengurangkan hook. Bola urethane lebih disukai oleh mereka yang baru belajar main hook. Ianya juga sesuai untuk digunakan di lorong yang kurang berminyak (light-oiled lane)

iii) Reactive – Pada awal 1990’an pengeluar bola bowling mula menambah resin particle kepada bola urethane.Resin ini membuat bola ini lebih hook dari bola urethane. Bagaimanapun bola jenis ini akan lebih tergelincir dalam minyak jka dibandingkan dengan bola urethane.Kombinasi faktor bola ini lebih tergelincir dan lebih geseran membuatkan bola jenis ini lebih hook dan lebih impak keatas pin jika dibanding dengan bola-bola jenis lain sebelumnya. Oleh itu resin reactive ini disukai oleh pemain yang sudah mahir untuk digunakan dalam semua jenis keadaan lorong.

iv) Particle – Oleh kerana bola urethane mendapat sambutan, pengeluar bola membuat keputusan untuk menambah partikel seperti seramik dan kaca untuk menambah kemampuan bola.Penambahan partikel telah menambah geseran bola dan memberi lebih cengkaman bola dalam minyak untuk memberi hook yang lebih mudah dikawal dan lebih sempurna. Potensi hook (hook potential) untuk bola partikel adalah lebih tinggi dari bola-bola jenis lain. Oleh kerana bola jenis particle adalah lebih agresif kebanyakan bola particle digunakan dalam keadaan lorong yang berminyak sahaja.

Untuk mereka yang main hook berikut adalah beberapa teknik yang saya pelajari untuk menukarkan game kita supaya dapat strike or bola masuk pocket :-

i) Ubah tempat berdiri - Untuk memastikan yang teknik ini berkesan pastikan anda berdiri di tempat yang sama semasa mula-mula membaling bola. Kalau macam saya kaki sebelah kanan saya akan berada di sebelah kiri dot tengah. Mana-mana boling alley yang saya pergi saya akan mulakan ditempat yang sama. Setelah berdiri di tempat yang betul saya akan baling ikut target biasa saya iaitu arrow 3 dari kanan. Semasa membuat balingan saya akan pastikan yang saya membaling tepat ke arrow tersebut dan kemudian melihat bagaimana bola itu hook ke pin. Jika bola saya pergi ke arah pocket kiri, iaitu pocket 1-2 (brooklyn) maka saya akan ubahkan tempat saya satu board ke kiri.

Sebaliknya jika saya lihat bola saya kurang masuk pocket atau agak light pocket maka saya akan ubahkan tempat saya berdiri satu board ke kanan. Jika banyak sangat tidak masuk saya akan ubah kan dua board ke kanan.

Anda perlu ingat yang kadang-kadang lane akan berubah dan anda perlu mengubah semula kedudukan tempat anda berdiri.Kelewatan anda menukar tempat berdiri akan membuatkan pencapaian anda merosot.

Kadang-kadang saya sendiri agak lambat dan degil nak menukar posisi saya walaupun keadaan lane sudah berubah sebab kadang2 kita pikirkan ianya disebabkan cara balingan kita dan bukan disebabkan perubahan dalam lane.

Oleh itu amat penting anda selalu melihat bagaimana bola anda bergerak diatas lane setelah anda membuat balingan. Anda perlu ingat bahawa bermain secara hook amat teknikal dan anda perlu senantiasa peka dengan perubahan kepada lane dan bola anda. Di samping anda melihat reaksi bola anda, anda juga boleh melihat reaksi bola org lain yang main hook di lane yang sama untuk anda cepat-cepat membuat perubahan kepada tempat berdiri anda.

Menukar tempat anda berdiri adalah perubahan yang paling mudah untuk meningkatkan tahap permainan anda. Bagaimanapun ini bukanlah satu-satunya cara untuk meningkat kan permainanan sebab kadang-kadang anda akan berhadapan dengan situasi dimana anda masih tidak dapat mencari pocket walaupun sudah menukar posisi tempat anda berdiri. Bila ini berlaku maka anda kenalah melakukan perubahan dalam faktor-faktor lain pula.

Biasanya di lane yang agak kering seperti di Mines dan South City Plaza anda akan lihat bola anda akan hook terlalu banyak dan selalu tersasar ke pin 2 atau 4 dan kadang2 ke pin 7. Lebih mengecewakan kalau bola terus kelongkang. Jika di Mines saya akan mengubahkan posisi saya berdiri 4/5 board ke kiri dan masih menggunakan arrow 3 dari kanan sebagai target. Bagaimanapun oleh kerana anda sekarang berdiri jauh dari target anda maka ada ketikanya anda dapati tangan anda terbuka(mengepak) dan bola terlalu kekanan dan ada juga terus ke longkang disebelah kanan. Hal ini bermakna ruang untuk kesilapan adalah amat kecil (small margin of error) dan anda kena menumpukan sepenuh perhatian supaya anda tidak tersasar dari target anda.Tumpukan sepenuh perhatian anda pada arrow target anda dan untuk lebih accurate gunakan dot yang lebih hampir dengan foul line. Saya selalunya gunakan board diatas dot yg sama sebagai target saya untuk lebih accurate.Jangan gunakan pin sebagai target oleh kerana pin adalah jauh dari foul line dan tidak sesuai digunakan sebagai target.

Pastikan juga setelah selepas setiap balingan anda tengok dimana bola anda jatuh untuk memastikan targeting anda itu tepat dan tangan anda tidak mengepak. Jangan campak bola anda kerana walaupun bola jatuh atas arrow/dot target anda kemungkinan bola akan lari dari target. Untuk tidak menghempas/mencampak bola tundukkan dan rendahkan badan anda semasa anda membuat balingan (delivery).


Posted at 6/15/2011 6:56:54 pm by dinjhr
Apa kata Anda? (1)  

Thursday, May 05, 2011
PANDUAN ELEMEN 2 KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011

TAJUK KAJIAN :

 

PENTADBIRAN KOMUNITI SETEMPAT

 

-         PENTADBIRAN RUMAH IBADAT

 

atau

 

JAWATANKUASA KAMPUNG PARIT LAPIS

 

----------------------------------------------------------------------------------

 

TAJUK KAJIAN :

 

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

 

- MAJLIS DAERAH PONTIAN

 

-----------------------------------------------------------------------------------

 

PENGHARGAAN

 

-         Tulis dalam bentuk esei

-         Ada perenggan

-         Isinya

·        ucap terima kasih / tahniah / penghargaan

·        kepada sekurang-kurang 3 pihak, iaitu

ibu bapa / guru / sekolah / orang sumber / institusi yang berkaitan  contohnya pihak perpustakaan, muzium, dsb

·        sebab  beri  penghargaan

·        Sebut namanya

 

m/s 3-4

 

----------------------------------------------------------------------------------

 

OBJEKTIF KAJIAN

 

-         Tulis dalam bentuk esei dengan huraian

-         Ada perenggan / 1 perenggan 1 objektif

-         Sekurang-kurangnya 3 objektif

-         Isinya

·        dapat mencari dan mengumpul fakta sejarah  berkaitan ______________________yang sahih

·        mendokumentasikan sejarah ________

·        dapat memupuk perasaan cintakan terhadap warisan _____________________

·        mengenali sejarah _____________ secara mendalam

·        melatih diri membuat kajian yang lebih baik / melatih diri  sabar, tabah dsb

·        lain-lain objektif yang sesuai

 

m/s 5-6

-------------------------------------------------------------------------------------

 

KAEDAH KAJIAN

 

-         Tulis dalam bentuk esei dengan huraian

-         Ada perenggan

-         Sekurang-kurangnya 3  kaedah

-         Kaedah mesti  selari dengan Elemen 1

-         Apa kaedahnya

·        Temu bual

= dengan orang sumber

= ceritakan masa / tarikh dan prosesnya

 

·        Pemerhatian

= berkaitan lawatan

= ceritakan masa / tarikh tempat dan proses pemerhatian

 

·        Penyelidikkan / Analisis dokumen

= analisis buku, majalah, akhbar, gambar, surat , sijil

= ceritakan  prosesnya

 

·        Melayari internet

      = nyatakan proses dan bagaimana anda melayari internet,  

          masa diperuntukkan , alamat yang dilayari.

 

·        Pandang dengar

      = melalui TV,Radio, CD, tayangan

      = nyatakan masa, tarikh dan proses

 

m/s 7

 

-------------------------------------------------------------------------------

 

HASIL KAJIAN

 

-         Tulis dalam bentuk esei dengan huraian.

-         Pisahkan setiap sub tajuk

-         Sekurang-kurangnya ada 4 sub tajuk

-         Boleh tulis dalam bentuk bab

-         Tajuk-tajuk yang boleh dimasukkan

 

Bab 1 - Pengenalan Institusi Pentadbiran Tempatan 

      Bab 2 - Latar Belakang  

      Bab 3 - Peranan

      Bab 4 - Perkembangan  

 

 ------------------------------------------------------------------------------------- 

  

RUMUSAN

 

-         Tulis dalam bentuk esei dengan huraian

-         Ada perenggan

-         Sekurang-kurangnya 3  rumusan

-         Unsur patriotisme / iktibar  kepada

·        Diri

=       saya dapat menghayati

                   =       saya memperoleh iktibar

                   =       saya berasa puas hati

                   =       pengalaman ini tidak dapat saya lupakan

·        bangsa /masyarakat

=       bangsa kita  hendaklah bangga kerana ...

=       bangsa mempunyai warisan  pertukangan

=       amalan masyarakat bergotong-royong

·        negara

=       menjadikan tempat bersejarah

=       jadikan tempat pelancongan

=       menambah ekonomi / sumber kewangan  negara

 

 ---------------------------------------------------------------------------------------

 

LAMPIRAN

 

·        Apa-apa saja  dokumen sokongan  kepada kajian anda

·        Sekurang-kurang 3 kategori lampiran yang berbeza

·        Kategori lampiran

-                     Gambar sebenar / photostat

-                     Peta

-                     Pelan bangunan

-                     Tiket

-                     Risalah / pamplet

-                     Dokumen bertulis

-                     Keratan akhbar

-                     Lakaran / ilustrasi

·        Setiap lampiran mestilah mempunyai kapsyen (kenyataan di bawah gambar dsb)

 

-----------------------------------------------------------------------------

 

RUJUKAN

 

Buku / Ensiklopedia

Nama Pengarang, Tahun Terbit,Tajuk Buku, Tempat Terbit, Penerbit

        Contohnya :

Ali bin Ahmad, 2001, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Kita.

 

Majalah

Nama  majalah, tarikh, muka surat, penerbit

        Contohnya:

Mastika, Disember 2008, ms 2-3

 

Akhbar

Nama  akhbar, tarikh ,muka surat

        Contohnya:

Berita Hairan, 23 Disember 2008, ms 2

 

Internet

Tulis tajuk,  alamat laman web . Gariskan alamat laman web

        Contohnya:

Melaka hari ini ; http://www. Melaka com.my

 

Orang sumber

Nama, umur , alamat

        Contohnya:

Abu bin Ali , 120 tahun, No 6 ,Batu 2, Jalan Makam, Bandar Mati, Johor.

 

Melawat Tempat Kajian

Tuliskan nama tempat, alamat

Contohnya:

Masjid Tanjung Agas, Lot 33 Jalan Melaka, 83000 Muar, Johor.

 

Risalah

 Nama risalah, dikeluarkan oleh

Contohnya:

Melaka Bandaraya,  Majlis Pelancongan Negeri Melaka

 

Ensiklopedia

Nama pengarang, tahun terbit,Tajuk buku, Tempat terbit, penerbit

        Contohnya:

Ali bin Ahmad, 2001, Sejarah Malaysia jilid 2, Kuala Lumpur : Dewan Kita.

 

 

Disediakan oleh.

 

(SAMSUDIN BIN HAJI SAAD)

Ketua Pentafsir

Mata Pelajaran Sejarah PMR 2011

SMK Benut, Pontian, Johor.

 


Posted at 5/5/2011 9:40:02 pm by dinjhr
Apa kata Anda? (1)  

PANDUAN ELEMEN 1 KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011

ELEMEN 1  :   MENGUMPUL  FAKTA  SEJARAH

 

BIL

JENIS SUMBER

KRETARIA PENSKORAN

CATATAN

1

Buku ilmiah

- Nama pengarang

-Tahun terbit

-Tajuk buku

-Tempat terbit

-Penerbit

-Tiada  perubahan

2

Jurnal

-Nama pengarang

-Tajuk

-Bilangan

-Tahun

-Tiada  perubahan

3

Akhbar

-Nama akhbar

-Tarikh

-Halaman  

-Akhbar on-line tidak  diterima

-halaman tidak perlu

4

Majalah

-Nama majalah

-Tarikh

-Halaman

-Penerbit  

-Tuliskan penerbit

5

Orang sumber

-Nama

-Umur

-Alamat

-Pelajar perlu melampirkan  transkripsi perbualan atau dialog

6

Melawat tempat kajian

-Nama tempat/bangunan

-Alamat

-Perlu ada gambar calon di   tempat lawatan.

7

Internet

-Alamat laman web

 

-Pelajar perlu print  terus

  atau print screen

8

Televisyen

-Tajuk program

-Tarikh

-Masa

-Rangkaian

 

-Pelajar perlu lampirkan  transkripsi  program

-Calon perlu mencetak  intisari rancangan dari akhbar.

9

Radio

-Tajuk program

-Tarikh

-Masa

-Rangkaian

 

-Pelajar perlu lampirkan transkripsi  program

-Calon perlu mencetak  intisari rancangan dari akhbar.

10

VCD/DVD

-Tajuk program

-Terbitan

 

-Jika VCD/DVD yang diterbitkan oleh badan

  bertauliah, cetak muka depan VCD/DVD.

-Jika VCD/DVD yang diterbitkan oleh badan 

  tidak bertauliah, lampirkan sekali VCD/DVD.

11

Sumber-sumber lain

-Jenis sumber

-Alamat/punca sumber

 

 

Tiada perubahan

12

Ensiklopedia

-Tajuk

-Jilid

-Tahun

 

 


Posted at 5/5/2011 9:35:24 pm by dinjhr
Apa kata Anda?s (12)  

Friday, February 18, 2011
Maklumat dan Panduan Kerja Kursus Sejarah PMR 2011

Para pelajar Tingakatan 3 boleh mendapat maklumat berikut tentang projek sejarah PMR 2011. Sila rujuk kepada guru sejarah masing-masing untuk mendapat maklumat selanjutnya. Terima kasih.

 

BUKU PANDUAN PROJEK SEJARAH PMR 2011

 

SOALAN KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011



Posted at 2/18/2011 6:17:15 pm by dinjhr
Cubalah tengok  

Friday, January 28, 2011
Nota Plot Novel Kabus di Perbukitan

PLOT

Plot ialah jalinan cerita atau jalan cerita bagi kisah-kisah yang terdapat dalam novel.

Plot terbahagi kepada dua aspek iaitu;

1.      BINAAN PLOT

2.      TEKNIK PLOT

Binaan plot berkembang dengan pelbagai teknik plot dari pemulaan cerita hingga peleraian cerita

A. BINAAN PLOT

Kebiasaannya terdapat 5 peringkat dalam binaan plot

Permulaan/pengenalan

Perkembangan

Perumitan

Puncak

Peleraian

Konsep ( 5P)

A. PERKEMBANGAN/PENGENALAN

Peristiwa-peristiwa penting dalam permulaan

1.      Rahayu berasa sakit tekak ketika bangun pagi.

2.      Rahayu dan Azrul bertemu di kafeteria di Universiti Putera Malaysia.

3.      Kedua-dua merupakan mahasiswa tahun kedua.

4.      Mereka kemudian ke perpustakaan .

5.      Tiba-tiba Rahayu terasa dia sedang menuju pengadang jalan, dilanggar pengadang jalan tersebut dan dia jatuh ke dalam gaung. Rahayu meminta tolong kemudian jatuh pengsan.

6.      Pada masa yang sama, Faridah dalam perjalanan menuju Raub setelah mengurus program anak-anak istimewa di Bukit Fraser.

7.      Ketika memandu, tiba-tiba Iqbal, seorang kanak-kanak istimewa bertanya hala tuju mereka. Faridah terperanjat kerana tidak menyangka Iqbal boleh berada di dalam van sedangkan sebentar tadi dia bersama-sama Mastura, rakan sekerja Faridah. Malangnya dia tidak dapat mengawal van yang dipandunya. Van terlanggar pengadang jalan dan terjatuh ke dalam  gaung.

8.      Pada masa itu, Faridah terkenang ibunya yang keseorangan di rumah.

 

 

B. PERKEMBANGAN

1.      Operasi mencari Faridah diteruskan oleh pasukan polis, RELA, PERHILITAN dan orang asli Senoi dari Pos Praak.

2.      Ayah Faridah Mejar (B) Kamarudin dimaklumkan oleh Cikgu Raduan tentang kehilangan Faridah.

3.      Mejar (B) Kamarudin memberitahu kisah Faridah kepada isterinya Hamidah, iaitu Faridah ialah kembar Rahayu yang berpisah sejak berusia 7 tahun.

4.      Mejar (B) Kamarudin bertolak ke Bukit Fraser.

5.      Keadaan Rahayu semakin serius.

6.      Rahayu sering meracau tentang Faridah, tentang Bukit Kutu.

7.      Mejar (B) Kamarudin bersama-sama Buyung masuk ke hutan Bukit Kutu untuk mencari Faridah berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui racauan Rahayu.

8.      Faridah dan Iqbal berada di Bukit Kutu dan tinggal di banglo milik Tuan Cecil Renking seorang magistrate and collector.

9.      Suasana seperti tahun 40-an pada era P. Ramlee atau R. Azmi.

10.  Faridah diberitahu dia berada di Bukit Kutu yang berketinggian 3300 kaki dari aras laut.

11.  Faridah bertemu Rahayu dalam tidur dan mendapat tahu Rahayu menghidap penyakit kanser.

12.  Pada masa ini Hamidah ibu tiri Rahayu melihatnya meracau-racau dalam tidur.

13.  Semasa Rahayu sedang berjuang melawan sakitnya di HUKM, di Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Dareah Raub, ACP Ahmad bin Mokhtar selaku OCPD daerah Raub mengumumkan Ops PDK yang dilancarkan untuk menyelamatkan Faridah dan Iqbal ditamatkan.

14.  Mejar (B) Kamarudin mengambil keputusan untuk mencari Faridah dengan bantuan Buyung.

15.  Mereka akhirnya berjaya mengesan Faridah dan Iqbal di Sungai Dua di kawasan perkampungan Orang Asli.

16.  Faridah dan Iqbal dibawa ke HUKM dengan helikopter.

17.  Semasa berada di bawah minda bawah sedar Faridah dibawa oleh Amah Siti ke Pekan Kubu.

18.  Aktiviti perlombongan amat aktif di Hulu Sungai Selangor dan dikawal oleh Penghulu Garang.

19.  Faridah juga menyaksikan kejadian Tuan Cecil Renking mengebom lombong timah yang dikatakan berpuaka (buaya putih).

20.  Pada masa itu sebenarnya Faridah telah berada di HUKM. Rahayu sedang menemaninya apabila tiba-tiba Rahayu mendengar Faridah meminta tolong dan Rahayu sedang merempuh dan menongkah air yang deras.

21.  Rahayu dapat menyelamatkan Faridah yang tersepit di bawah almari besar.

22.  Rahayu berpesan agar Faridah pulang menemui ibu mereka kerana sudah terlalu lama Faridah meninggalkan ibunya.

23.  Faridah menjerit nama Rahayu sekuat hati dan tersedar dari komanya.Tetapi, pada masa itu Rahayu telah menghembuskan nafasnya.24. Salmah mengalami tekanan jiwa akibat kematian Rahayu. Dia sentiasa terkenang Rahayu.

24.  Salmah memberitahu Faridah tentang Ghazali dan berharap Faridah dapat menerima Ghazali sebagai suami.

25.  Azrul kekasih Rahayu, memilih untuk mencebur diri di bidang penternakan.

26.  Salmah terus mengalami tekanan jiwa . Dia sentiasa mengingati arwah Rahayu.

27.  Faridah melahirkan kebimbangannya terhadap kesihatan Salmah kepada Ghazali suaminya.

28.  Salmah akhirnya meninggal dunia setelah lama menderita kematiaan Rahayu.

29.  Setelah 25 tahun berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan warga New Zealand, Faridah tidak pernah pulang ke kampung halamannya di Sungai Besar, Malaysia.

30.  Dia tinggal di Rosewood berdekatan Christchurch dan memiliki dua orang anak kembar, Melina dan Anne.

31.  Anaknya Melina berkahwin dengan Benny seorang bangsa Arab warga Dubai.

32.  Seterusnya, mengikut suaminya berhijrah ke Marang, Terengganu.

33.  Melina meneruskan minatnya melukis. Benny mula merapatkan diri dengan Mohammed Attar kerna kagum dengan kehebatan pengetahuan agama Islam yang dimiliki Mohamed Attar.

34.  Zain seorang penuntut bidang pertanian menjalinkan hubungan dengan Anne.

35.  Di Christchurch pula Soleh Johnsons amat risau akan kegitan vandalisme terhadap umat Islam di situ dan bercadang meredakan keadaan dengan mengadakan jamuan bersama-sama penduduk tempatan.

36.  Zain yang pulang bercuti ke Malaysia menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne kepada bapanya Datuk Azrul

37.  Zain berkunjung ke rumah Faridah dan asal usul Faridah terbongkar. Zain dan Faridah berasal dari Sungai Besar. Zain menjemput Faridah pulang ke Sungai Besar.

38.  Mohammed Attar cuba mengembangkan pengaruh militannya kepada Ustaz Syukri.

39.  Melina mengingatkan Benny tentang sikap Mohammed Attar yang agresif tetapi disangkal oleh Benny. Benny beranggapan Mohammed Attar seorang yang warak dan mampu membimbing mereka ke arah kebaikan.

40.  Faridah dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia untuk menziarahi Melina yang sarat mengandung, membincangkan perkahwinan Zain dan Anne sambil bercuti di Cameron Highlands.

41.  Faridah mendedahkan kisah Rahayu dan dirinya kepada Datuk Azrul. Faridah ingin kembali melihat kampung halamannya di Sungai Besar.

42.  Benny menghilangkan diri setelah mendapat mesej penangkapan Mohammed Attar kerana kegiatan militannya.

43.  Melina ke Cameron Highlands untuk bertemu Faridah dan Soleh Johnsons. Faridah telah dimaklumkan tentang kehilangan Benny.

C. PERUMITAN

1.      Benny mula terlibat dengan kegiatan militan Mohammed Attar tanpa sedar.

2.      Melina mengalami tekanan perasaan apabila sering ditinggalkan oleh Benny berseorangan kerana kesibukan Benny.

3.      Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Syukri dalam cara mereka memperjuangkan agama Islam.

4.      Benny melarikan diri pada awal pagi meninggalkan Melina keseorangan di Marang, Terengganu setelah dimaklumkan Mohammed Attar telah ditahan kerana cuba meletupkan kasino di Pulau Sentosa.

5.      Benny menaiki bot di tengah lautan yang disediakan oleh An Anbia Family Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia.

6.      Melina tidak tahu tempat suaminya menghilang dan lebih merumitkan lagi apabila nama Benny tidak disenaraikan oleh polis Malaysia sebagai orang yang dikehendaki.

7.      Mejar (B) Kamarudin berlaku curang kepada isterinya Salmah dan berkahwin dengan Hamidah.

8.      Mejar (B) Kamarudin memisahkan Rahayu dengan Faridah apabila dia dipindahkan ke Pontianak menyebabkan Rahayu mengalami gangguan emosi pada awal perpisahan.

9.      Faridah mengalami kekecewaan apabil putus tunang dengan Azman.

10.  Rahayu pengsan di perpustakaan dan akhirnya disahkan menghidap kanser paru-paru.

11.  Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan hilang selama sebulan di dalam hutan tanpa dapat dikesan.

D. PUNCAK

1.      Faridah, Soleh Johnsons dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Anne dengan Zain. Kepulangan Faridah telah mempertemukan semula Faridah dengan Azrul dan kerinduan Faridah terhadap kampung halamannya sungai besar semakin mendalam.

2.      Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol kerana cubaan meletupkan sebuah kasino di Pulau Sentosa. Pada masa yang sama Melina melaporkan kehilangan Benny kepada pihak polis di Marang, Terengganu

3.      Perkahwinan Zain dan Anne yang melakar sejarah dua buah negara. Tetamu pelbagai bangsa dari luar negara hadir. Hotel, rumah tumpangan, rumah rehat, calet sekitar Teluk Intan, Sabak Bernam dan Sungai Besar habis ditempah. Perkahwinan mendapat liputan sebuah stesen televisyen “perkahwinan dua negara.”

4.      Faridah merupakan insan yang paling gembira.

5.      Soleh dan Melina ke Dubai untuk bertemu Benny setelah dihubungi oleh keluarga Jaafar Al Anbia yang bertanggungjawab membawa Benny keluar dari Malaysia secara rahsia. Benny tidak boleh meninggalkan Dubai kerana telah disenaraikan sebagai orang yang paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat.

6.      Melina menetap di Dubai bersama-sama Benny.

E. PELERAIAN

1.      Faridah pulang ke Sungai Besar.

2.      Pulang ke rumah ibunya.

3.      Menikmati dan mengenang semula kampung halamannya yang 25 tahun ditinggalkan.

4.      Soleh Johnsons dan Melina terbang ke Dubai untuk bertemu Benny.

5.      Segala persoalan terungkai.

6.      Benny menceritakan pelariannya selama dua minggu sebelum sampai ke Dubai melalui perancangan keluarganya di Dubai.

7.      Anne dan Zain pulang ke New Zealand dan mengambil alih perniagaan penternakan Soleh Johnsons.

8.      Faridah dan Soleh Johnsons menetap di Camerons Hihglands.

9.      Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan kawasan peranginan ala Inggeris berkonsepkan agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing.

10.  Benny berjanji akan mempromosikan tempat peranginan tersebut di Dubai

11.  Melina melahirkan anak lelaki pewaris An Anbia.

12.  Anne melahirkan anak kembar – Melinda dan Rahayu ( nama pilihan Faridah)

13.  Bukit Kutu kekal menjadi hutan rizab binatang liar seperti Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

14.  Faridah bersyukur kerana telah kembali ke tanah air dan berjanji membina jati diri bangsa.

15.  Faridah berharap anak cucunya mewarisi jati diri bangsa dengan berpegang pada tali agama.


Posted at 1/28/2011 5:36:51 pm by dinjhr
Cubalah tengok  

Nota Nilai dan Pengajaran Novel Kabus di Perbukitan

NOVEL TINGKATAN 5 - KABUS DI PERBUKITAN-NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai ialah unsur-unsur baik yang terdapat dalam novel.

Pengajaran ialah unsur-unsur yang negatif untuk dijadikan iktibar kepada kita.

Kedua-dua nilai dan pengajaran dikaji untuk menjadi panduan dan teladan dalam kehidupan seharian kita.

A. NILAI

1. KETEGUHAN JATI DIRI BANGSA DAN AGAMA

 Faridah masih kental jati diri Melayunya walaupun telah tinggal di New Zealand selama 25 tahun. Dia masih makan makanan Melayu, iaitu kari malah anaknya Anne meminta dia memasak kari.

 Faridah masih mengekalkan panggilan nama Melayunya Idah - nama yang dipanggil oleh suaminya Soleh Johnsons.

 Faridah masih mendengar lagu-lagu Melayu melalui internet.

 Datul Azrul sering berpesan kepada anaknya Zain, agar tidak melupakan kampung halaman dan pulang ke kampung halaman setelah tamat pengajian di New Zealand.

 Melina dan Benny masih berpegang kuat pada ajaran agama, iaitu mereka berkahwin setelah saling menyayangi walaupun baru 2 minggu berkenalan.

 Faridah dan Soleh Johnsons menghantar Anne dan Melina bersekolah agama di sekolah rendah yang terletak 30km dari Rosewood pada sebelah petang.

 Datuk Azrul solat berjemaah subuh dan mendengar ceramah agama di surau kampungnya.

 Soleh Johnsons mengusahakan pusat penyembelihan untuk membekalkan daging halal kepada umat Islam di New Zealand.

 

2. KASIH SAYANG

 Salmah amat menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering terkenang-kenangkan Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser.

 Hamidah menyayangi anak tirinya Rahayu yang dibela sejak berusia 7 tahun, menjaga Rahayu yang sakit di hospital .

 Benny amat menyayangi Melina. Melina dibawa tinggal di Dubai kerana Benny tidak lagi boleh keluar dari Dubai setelah tersenarai sebagai militant oleh Amerika Syarikat.

 Faridah amat menyayangi keluarganya (Soleh Johnsons, Anne dan Melina) sehingga tidak pernah meninggalkan mereka setelah 25 tahun berhijrah ke New Zealand

 Faridah amat menyayangi ibunya Salmah sehingga terlalu sedih selepas Salmah meninggal dunia.

3.  KETABAHAN / KECEKALAN

 Faridah tabah menjalani hidup selama 25 tahun di New Zealand tanpa pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.

4.  KEBERANIAN

 Kamarudin berani meredah hutan tebal Bukit Kutu bersama-sama buyung semata-mata mahu mencari anaknya Faridah dan Iqbal yang hilang selepas terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke Raub.

 Melina berani memandu seorang diri dari Marang Kuala Terengganu ke Bukit Cameron Highlands untuk bertemu ibunya Faridah.

5. KEBIJAKSANAAN

 Datuk Azrul membuat keputusan yang bijak apabila menceburi bidang pertanian selepas tamat pengajian dari UPM.

6. BERTANGGUNGJAWAB

 Kamarudin seorang bapa yang bertanggungjawab. Walaupun hampir 14 tahun tidak bersua dengan Faridah, dia tetap berusaha mencari Faridah yang hilang dalam hutan.

 Ghazali seorang majikan Faridah yang bertanggungjawab. Ghazali seorang pegawai JKM berada bersama-sama pasukan pemyelamat di Rumah Rehat Gap semasa poerasi mencari Faridah dan Iqbal.

7. KEPRIHATINAN

 Azrul amat prihatin dengan isu alam sekitar. Azrul menyertai kempen Save Our River - S.O.S di KLCC anjuran Persatuan Pencinta Alam.

 Soleh Johnsons tidak mahu mengusahakan kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing kerana tidak mahu merosakkan ekosistem alam semula jadi sebaliknya membina kawasan peranginan berkonsep semula jadi, iaitu kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga.

 Soleh Johnson amat pritahin akan keinginan Faridahuntuk ;pulang ke kampung halamannya di Malaysia. Dia, akhirnya berhijrah ke Cameron Highlands bersama-sama Faridah.

8. KESETIAAN

 Melina seorang isteri yang setia. Dia berhijarh ke Malaysia mengikut Benny yang bertugas di Marang Trengganu.

 Melina seorang isteri yang setia, berhijrah ke Dubai kerana perlu berada di sisi Benny yang telah pulang ke Dubai kerana disyaki sebagai militan.

9. KETAATAN KEPADA AGAMA

 Faridah taat akan ajaran agama. Bangun bersembahyang Subuh.

 Melina mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Benny selepas berkenalan selama 2 minggu kerana masih berpegang kuat pada ajaran Islam setelah dipelawa oleh Benny untuk ke Malaysia selama tiga bulan.

10. BERBUDI BAHASA

 Zain seorang pemuda yang berbudi bahasa. Dia menziarahi Faridah untuk berkenalan dengan keluarga Faridah dan menyampaikan salam daripada kedua-dua orang tuanya di Malaysia.

11. KEPASRAHAN/KEREDAAN PADA TAKDIR TUHAN

 Soleh memberitahu Anne, segala yang berlaku dalam keluarga mereka merupakan ketentuan Allh SWT apabila Anne bertanya sebab Faridah meninggalkan kampung halamannya 25 tahun dahulu. Penghijrahan Faridah menjadi penyebab kelahiran Anne ke dunia.

B.PENGAJARAN

1.Kita mesti mempunyai jati diri yang kental terhadap bangsa sendiri.

 Faridah masih mengekalkan idenditi bangsa Melayunya walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand iaitu masih menggunakan nama Idah.

2. Kita mesti meletakkan pegangan agama sebagai asas kehidupan untuk berjaya dalam hidup

 Soleh Johnsons berjaya menjadi pengusaha ternakan dan penyembelihan cara Islam di New Zealand .

 Dia amat dikenali dalam kalangan 30.000 orang Muslim di New Zealand.

3. Kita mesti memulihara alam semula jadi agar kerosakan ekologi dapat dikurangkan

 Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu mengusahakan ladang sayur demi kelestarian Tanah Tinggi Lojing, sebaliknya mengusahakan pusat peranginan berkonsep agropelancongan.

 Bukit Kutu kekal menjadi Hutan Rizab Hidupan Liar yang telah diwartakan sejak zaman pemerintahan British.

4. Kita mesti berwawasan jauh untuk mencapai kejayaan

 Azrul seorang graduan yang berpandangan jauh tentang masa depan bidang pertanian di negara ini.

 Azrul menyatakan hasratnya untuk menternak kambing selepas tamat pengajian kepada ayahnya setelah melihat pasaran kambing yang tinggi bagi majlis akikah, korban, majlis menyambut kelahiran dan kegunaan masyarakat Hindu.

 25 tahun kemudian Azrul bergelar Datuk Azrul setelah berjaya memajukan industri pertanian melalui ladang sendiri dan Pertubuhan Peladang.

5. Kita mesti berfikiran terbuka untuk mencapai kejayaan

 Datuk Azrul menghantar anaknya Zain belajar dalam bidang pertanian di New Zealand untuk mengalami sendiri perbezaan cara hidup masyarakat New Zealand yang jauh lebih maju di bidang pertanian dan membezakannya dengan sikap masyarakat tempatan yang tidak berubah walaupun negara sudah maju.

 Datuk Azrul terpaksa berusha gigih meyakinkan penduduk Merbau Berdarah agar menyatukan kebun-kebun mereka untuk membentuk mini estet kelapa sawit dan buah-buahan

6. Kita mesti yakin sektor pertanian mampu memajukan negara

 Datuk Azrul memberitahu Zain bahawa semaju mana pun negara jika tanpa hasil tani, rakyatnya tidak dapat meneruskan kehidupan.

 New Zealand, negara tempat Faridah bermaustatin merupakan negara pertanian dan penternakan biri-biri yang maju. Suaminya Soleh Johnsons mengusahakan industri penternakan dan penyelembihan yang berjaya di Christchurch.

7. Kita mesti beradab dan menghormati golongan tua/veteran

 Faridah menziarahi Pak Talib berusia 80/90 tahun pengusaha belacan semasa pulang ke Sungai Besar.

 Benny menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons untuk menyampaikan hasrat melamar Melina sebagai isteri

 Zain menziarahi Faridah untuk berkenalan dengan keluarga Anne setelah berhasrat untuk mengahwini Anne.

8. Kita jangan mengabaikan adat budaya bangsa dalam kehidupan

 Zain menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne gadis kacukan

Inggeris –Melayu kepada ayahnya bagi mendapatkan persetujuan bapa dan ibunya.

 Datuk Azrul dan Datin Aisyah menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons di Cameron Highlands untuk berbincang dan mengurus perkahwinan Zaindan Anne.

9. Kita mesti ingat asal usul keturunan kita

 Faridah sentiasa bercerita tentang sawah bendang, pokok kelapa di kampung halamannya Sungai Besar kepada Melina dan Anne.

 Melina ingin ke Sungai Besar untuk melihat kampung halaman ibunya dan menjejak warisannya yang dirasakan semakin hilang.

10. Kita mesti mengamalkan cara hidup yang sederhana dan harmoni demi keamanan negara/ berlemah lembut apabila menasihati maasyarakat

 Ustaz Hassan Syukri menyampaikan ajaran agama Islam dengan lemah lembut

 Ustaz Hassan Syukri memberitahu Mohamed Attar orang Melayu Islam di Malaysia mengamalkan cara hidup yang sederhana dan sentiasa berlemah lembut.

11. Kita hendaklah berhati-hati memilih kawan

 Benny terperangkap dalam kumpulan militan Mohammed Attar yang dikenalinya semasa bertugas di Marang. Kepetahan Mohammed Attar berhujah memikat Benny yang masih kurang ilmu pengetahuan Islam tanpa menyedari Mohammed Attar ialah seorang anggota kumpulan militan.

12. Kita hendaklah bijak membuat keputusan apabila berada dalam kesusahan

 Melina bertindak melaporkan kehilangan suaminya Benny kepada pihak polis dengan segera setelah Benny tidak pulang ke rumah selama empat hari. Tindakan bijaknya menyebabkan pihak polis mengeluarkan perintah perlindungan keselamatan kepadanya.

13. Kita mesti ada sifat tolak ansur dalam hidup berkeluarga

 Soleh Johnsons bersetuju untuk tinggal di Cameron Highlands setelah Anne berkahwin dengan Zain .

 Soleh Johnsons mengikut hasrat Faridah untuk tinggal di Cameron Highlands (menetap di Malaysia)

14. Kita jangan terlalu taksub dengan satu-satu pendapat dan pegangan sehingga menjejas keamanan dan keselamatan orang lain

 Mohammed Attar seorang juruterbang helikopter di syarikat tempat Benny bertugas ialah seorang yang tahfiz Al Quran dari Madrasah al-Husaini, Islamabad , mahir tentang rukun Islam, tauhid tetapi amat benci akan Amerika yang dianggap petualang.

 Dia dipercayai oleh polis republik mahu mengebom kasino yang baru dibina di Pulau Sentosa tetapi berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa republik tersebut.

 Mohammed Attar tidak dapat menerima pendapat Ustaz Hassan Syukri yang menekankan unsur lemah lembut dalam berdakwah dan menegur orang lain.

15. Kita mesti prihatin akan kesusahan orang lain yang berada di sekeliling kita

 Azrul sentiasa menemani Rahayu yang sakit di HUKM.

 Pasukan polis Raub menjalankan operasi mencari Faridah dan Iqbal yang hilang selepas kemalangan.

 Ghazali seorang majikan yang prihatin akan keselamatan Faridah dan Iqbal. Ghazali bermalam di Rumah Rehat Gap untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Faridah dan Iqbal.


Posted at 1/28/2011 5:35:01 pm by dinjhr
Apa kata Anda?s (6)  

Friday, October 06, 2006
Rencah Kehidupan



Manusia seringkali alpa dalam melakukan sesuatu. Namun, jika wujud kesalahan tidak mahu mengakuinya. Perjalanan hidup harus diteruskan tanpa mengira apa jua halangan. Selalunya kita akan merasa tidak mampu untuk menghadapi sebarang halangan melainkan setelah kita laluinya. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu untuk kita lalui.Wink

Posted at 10/6/2006 8:41:12 pm by dinjhr
Cubalah tengok  

Saturday, September 23, 2006
Salam Ramadan 1427H



Selamat Berpuasa....

Selamat Bersahur....

Selamat Berbuka.....

Ingat jangan ponteng puasa....

Ikhlas daripada...



Posted at 9/23/2006 9:16:34 pm by dinjhr
Cubalah tengok  

Monday, September 11, 2006
Misteri Si Pemancing

Pantang bagi kaki pancing ialah tahu tentang lubuk menarik untuk memancing. Itulah Ajis, seorang kaki pancing yang sanggup meredah apa sahaja untuk ke lubuk yang didengarnya mampu memberi pulangan yang berbaloi.

Suatu hari sedang melepak kat kedai kopi, Ajis terdengar rakan-rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang terletak di kampung seberang yang agak jauh di pedalaman. Dengar saja di situ banyak ikan, Ajis mengambil keputusan untuk pergi memancing pada petang itu juga.

Dalam perjalanan ke kampung seberang, baru Ajis teringat yang dia belum menunaikan solat Zohur, dia singgah ke sebuah surau berhampiran. Dalam keadaan yang tergesa-gesa, Ajis mengambil wuduk dan bersolat. Ketika di rakaat kedua, tiba-tiba kedengaran ada suara orang ketawa. Setahu Ajis, hanya dia saja yang berada di surau itu. Bulu romanya tiba-tiba meremang. "Isshh… siapa pula yang gelak-gelak ni?," bisik hati Ajis. Setiap kali dia sujud, terasa berat di bahagian kepala dan tengkuknya. Bertambahlah perasaan tak sedap hati dan makin berdebar-debar rasanya. "Mesti sebab surau ni uzur dan usang. Dah tentu ada makhluk lain yang singgah. Kalau ya pun janganlan kacau aku, kan aku tengah bersolat ni," getus suara hatinya. Ajis tetap meneruskan solatnya dan apabila di tahiyat akhir dan memberi salam ke kanan dan kiri, Ajis meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu, barulah dia tersedar…. Rupa-rupanya dia terlupa nak menanggalkan helmet semasa nak bersolat. Bila dia toleh ke belakang, rupanya tok imam, bilal dan orang kampung yang datang mahu menunaikan solat Asar sedang ketawakan dia. Punyalah malu, terus saja dia pulang ke rumah… tak jadi memancing!

Posted at 9/11/2006 10:03:36 pm by dinjhr
Apa kata Anda? (1)  

Next Page